Salam Pengenalan Daripada Cik Antidadah

Assalamualaikum semua.

Bermula hari ini Cik Anti akan berkongsi perkongsian berkaitan antidadah. Semua maklum dadah merupakan musuh no 1 negara sedari dulu.

Melalui platform ini Cik Anti akan cuba menyediakan perkongsian daripada pihak berkuasa yang berkaitan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Persatuan Membanteras Dadah (PEMADAM) , Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan lain-lain pihak.

 

Sokongan Cik Antidadah


Cik Anti walaupun antidadah tetapi Cik Anti sangat menyokong penagih dadah untuk menjalani pemulihan. Bukan apa, dalam dunia ini bekas penagih pun boleh berjaya dalam hidup tak semuanya terus hanyut dalam penyalahgunaan dadah.


Topik Cik Antidadah


Memandang Cik Anti masih baru dalam memulakan perkongsian jadi setakat ini Cik Anti akan menulis dalam topik pencegahan dadah dan pemulihan dadah. Mungkin selepas ini barulah Cik Anti akan perluaskan topik mengikut situasi semasa.


Misi Cik Antidadah


Misi Cik Anti tidak lain tidak bukan hanyalah ingin berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain. Mudah-mudah Cik Anti dapat mencapai misi Cik Anti ini dan mendapat sokongan pembaca blog Cik Anti ini nanti.