Salam Israk Mikraj 27 Rejab 1443H
Selamat Memperingati Peristiwa Agung Israk dan Mikraj
27 Rejab 1443H, 1 Mac 2022
Peristiwa Israk Mikraj 27 Rejab 1443H
Israk & Mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Rasulullah SAW yang wajib diimani oleh umat Islam berdasarkan bukti-bukti daripada al-Quran dan as-Sunnah. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab tahun ke-19 kerasulan baginda.
Peristiwa agung ini adalah perjalanan bersejarah Nabi Muhammad SAW dari Masjidilharam ke Masjid Al-Aqsa dan mengembara ke langit menghadap Allah SWT.
"Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (al-isra' ayat 1)
Israk Mikraj berlaku selepas kewafatan bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Talib dan isteri kesayangan baginda Saidatina Khadijah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita.
Keistimewaan Peristiwa Israk Mikraj
- Salah satu cara Allah SWT memujuk Nabi Muhammad SAW kerana pada tahun itu merupakan tahun kesedihan baginda.
- Rasulullah SAW bertemu para nabi sebelum baginda.
Langit pertama : Bertemu Nabi Adam AS
Langit kedua : Bertemu Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS
Langit ketiga : Bertemu Nabi Yusuf AS
Langit keempeat : Bertemu Nabi Idris AS
Langit kelima : Bertemu Nabi Harun AS
Langit keenam : Bertemu Nabi Musa AS
Langit ketujuh : Bertemu Nabi Ibrahim AS
- Mendapat perintah solat 5 waktu
Pada awalnya Rasulullah SAW menerima perintah solat 50 waktu daripada Allah SWT, lalu Rasullah SAW meminta keringannan atas cadangan Nabi Musa AS sehingga menjadi 5 waktu sahaja.
- Dalam perjalanan israk mikraj itu Rasulullah SAW diperlihatkan nikmat syurga dan azab neraka.
Semoga penghayatan peristiwa ini akan meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dan cinta kepada Rasulullah SAW untuk menjadikan kita umat
terbaik
.
0 Comments